November 2023
Sempena Bulan Integriti 2023, MBI Modal Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif dalam memperkenalkan nilai integriti dalam kalangan warga kerja Kumpulan MBI Modal Sdn. Bhd menerusi 2 program yang telah dianjurkan iaitu Takzirah Integriti bertajuk “Rasuah Dihina Maruah Dibina” yang telah disampaikan oleh Mantan Timbalan Mufti Negeri Terengganu, Ustaz Abdul Halim Bin Awang@Sulong.
Tazkirah yang disampaikan menceritakan aspek rasuah dalam sudut agama dan kesan buruk kepada individu, keluarga dan masyarakat. Selain itu turut diadakan Kejohanan Bowling Integriti yang telah berlangsung di Bangi Gateway yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah MBI Modal Sdn. Bhd.