Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2025
“Integriti Teras Kesejahteraan Negara”
MBI Modal Sdn. Bhd. melalui Integrity & Governance Unit (IGU) telah menganjurkan Pertandingan Bowling Integrity MBIM “Strike With Integrity” pada 21 November 2025 (Jumaat) bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.
Program ini merupakan salah satu pengisian riadah dalam Sambutan Bulan Integriti Nasional 2025, bertujuan mengukuhkan budaya integriti melalui aktiviti santai namun bermakna.
Pertandingan ini diadakan bagi:
-
Menerapkan nilai integriti, akauntabiliti dan ketelusan melalui aktiviti riadah.
-
Memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan persaingan sihat dalam kalangan warga kerja.
-
Menjadikan aktiviti riadah sebagai medium pembentukan budaya kerja positif yang berteraskan integriti.
Sebagai komitmen bersama, setiap peserta turut menandatangani Ikrar Integriti Sukan sebelum pertandingan bermula—mencerminkan tekad warga kerja untuk menjunjung nilai integriti dalam apa jua aktiviti, termasuk sukan dan rekreasi.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kakitangan, malah menjadi platform menyemai kesedaran bahawa integriti adalah nilai yang relevan dalam semua aspek kehidupan, termasuk ketika beriadah.




