Tazkirah Integriti November 2025

MBI Modal Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Tazkirah Integriti sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2025 pada 27 November 2025, jam 9.30 pagi secara atas talian. Sesi ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim bin Awang, Mantan Timbalan Mufti Negeri Terengganu dan Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UNISZA, selaku panel jemputan.

Program ini memberi penekanan kepada pemahaman konsep integriti, etika kerja, dan bagaimana amanah pekerjaan boleh menjadi ibadah apabila dilaksanakan dengan nilai yang betul, berdisiplin dan berlandaskan prinsip Islam.

Sesi ini turut disertai oleh kakitangan daripada semua lapan (8) anak syarikat di bawah Kumpulan MBI Modal Sdn. Bhd., iaitu:

  1. Terengganu Digital 1303 (TD1303)

  2. East Coast Fertilizer Sdn. Bhd. (ECF)

  3. Terengganu Dredging Sdn. Bhd. (TDSB)

  4. TAJDID Corporation Sdn. Bhd. (TAJDID)

  5. Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (T-COMM)

  6. Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT)

  7. Darul Iman Training Centre (DITC)

  8. Al-Fateh Terengganu Sdn. Bhd. (Al-Fateh)

Penganjuran tazkirah ini diharap dapat terus memupuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga kerja MBI Modal dan seluruh anak syarikat.